Hello Graphic Comments
Nama aku nina.Nama penuh? tak payah tahu.Panggil aku nina. Family dan kawan-kwan aku juga panggil aku Nina jadi buat apa tahu nama penuh akukan. Ini blog kedua aku, dulu aku ada blog , ada follower, ada kawan.Tapi aku dah tutup blog tu. Blog itu di zaman kegilaan aku yang aku tak mahu ulang.
setelah lama berhenti bercerita entah apa-apa, aku rasa aku perlukan blog semula untuk bercerita. bukan tentang orang lain , hanya tentang aku. Jadi kalau tak suke baca, jangan baca. Ini hanya tempat aku meluahkan perasaan aku, jika tak aku boleh jadi gila.Kata kawan baik aku, menulis blog satu terapi. Dulu aku gelak tapi sekarang aku tahu aku perlukannya.
Orang bace atau tidak , tidak mengapa, janji aku boleh story sepuas hati aku. Jadi kalo sesapa ada masa nak buang kat sini, bacalah. Tapi hormatlah hak aku untuk bersuara.Aku tak kaco blog orangkan, aku selalu bace aje dan aku kagumi keberanian mereka untuk bersuara. Tak macam aku, aku selalu simpan sendiri. Lama-lama aku jadi manusia yang tak tahu meluahkan.
Cukuplah untuk first post. Lama-lama nanti korang biasa juga dengan cerita aku.Goodnite.
No comments:
Post a Comment